Friday, June 7, 2013

Qasrina..happy besday!!! (13/4/2013)

Qasrina..happy besday yang ke 3!!!! Love u dear!!

Nice sangat design dia, thanks sis Anizah!!

post surat

suatu hari, dia follow umi postkan report kemajuan pengajian. umi drive through je kat pejabat pos besar shah alam tu. kemudian, dia pun request nak post surat juga.. umi menurut aje, bagi experience and exposure utk minda nya yang tengah berkembang itu..

so, sekeping surat, dialamatkan ke diri sendiri (eeii.. kesian pakcik posmen tu, nak kena hantar ke rumah..) tiga hari kemudian, sampai le surat tu, dari peti post yg kat sirim ke bukit jelutong je..hehhhehe.. maaf ye pakcik posmen.. anak saya nak belajar post surat.


qayyim 10 bulan

qayyim 10 bulan dah pandai jalan!!! yyeye!!!!!!!

umi tak tahu kisah sebenar

umi tak tahu kisah sebenar tentang gambar-gambar ni. masa ni umi kat mana ye? buat apa ye? tapi ayah jadi baby sitter. Qayyum, nanti tanya ayah ye pasal gambar-gambar ni..



kenangan di grand lexis

kenangan di grand lexis, tak sure dah post ke belum pictures mereka ni.
apapun, sebelum pictures tu terdelete, better umi post untuk kenangan Qs bila mereka besar nanti..Tq Allah kerana bagi kami rezeki datang ke sini..






kenangan umi kepada ayah sebelum kahwin

kenangan umi kepada ayah sebelum kahwin..jeng jeng jeng..

ini je yg murah, yg mampu umi beli waktu tu.. siapa sangka, umi dapat suami 'kaya'...hahahahhahhah 'kaya' di sini: jiwa, raga, budi pekerti, rajin, mithali, etc ye..Jadi nikmat Allah yang mana satu yang harus didustakan?

Thursday, June 6, 2013

sambutan maulidur rasul ASPIRASI 2013

sambutan maulidur rasul di tadika&taska ASPIRASI 2013. terima kasih kepada cikgu ani kerana mengirimkan gambar ini untuk umi.
nama mereka berdua (qayyim: left, qaayum; right) pun muhd juga, sempena nama Rasul kita..

child at work

beruntungnya, company tempat ayah bekerja mengadakan satu hari di mana staff boleh membawa anak2 mereka ke office untuk melihat sendiri tempat ayah mereka bekerja. syaratnya, anak2 itu mestilah berusia 6-12tahun ke atas.
bermakna, dari 4 orang, hanya seorang sahaja yang layak: Qist..
tarikh: 29May2013

breakfast pagi kat cafe jnj, dengan nasi goreng umi..share dgn ayah ke, makan seorang tu?

at workplace ayah (umi pun xsampai lagi tempat ni.)

pagi: activiti chicken dance

activity: handmade card

card lagi..

qist and maskot

gambar bersize passport

untuk pendaftaran sekolah agama Qayyum tahun 2015 (dia berusia 7tahun), 4 keping gambar bersize passport diperlukan. Kaedah mudah yang umi ambil ialah, dengan menggunakan kamera handphone dan diedit sizenya dengan komputer, kemudian, print dan hantar.

namun, kali ini kaedah ini nyata tidak berbeza. pegawai di sekolah agama berkenaan mahukan gambar passport yang real..alahai.. ikut sahajalah..
inilah gambar passport yang tidak berjaya itu...kekekekekee

hehe..comelnya anak umi!