Wednesday, December 15, 2010

Siapkan thesis Vs choo choo

Haa.. waktu ni lah paling sedih sekali.. Ummi dan qasr kena tinggal kat rumah kerana ummi harus/terpaksa/nak x nak siapkan jugak 2nd draft thesis ummi..Sepatutnya kami bercuti hari raya 2mingg, tetapi disebabkan sehari sebelum pulang beraya, ummi terima 1st draft thesis yang baru dibaca oleh supervisor ummi. Apalagi..tak ada mood beraya lah ummi.. HUHU.. sedih jangan cakap lah.. so, tinggalkan bab sedih dan berairmata tu.. maka kita beralih ke cerita qq.
Seminggu di kampung dan seminggu di s.alam untuk ummi menghabiskan 2nd draft ummi. Ayah dah ambil cuti 2 minggu. Maka ayah nak buat apa seminggu kat s.alam ni.. Apalagi..ronda-ronda dengan qq lah (qasr tak termasuk, sbb masih 'exclusif breastfeeding' lagi. Disebabkan qq terlalu teruja dengan choo-choo, atau thomas, maka, ayah bawa mereka ke KLIA..semata-mata untuk menikmati perjalanan di dalam choo-choo.
Tengoklah aksi mereka dalam choo-choo..





I-city

Sekarang ni semua orang heboh pasal i-city. Sebelum popular seperti sekarang, kami telah pun masuk ke i-city dan ia adalah PERCUMA! Tapi sekarang tidak lagi. Mungkin kerana nak bayar bil elktrik nya yang mahal, dengan tenaga pekerja dan etc.. maka bayaran masuk dikenakan.. Aduh.. kali kedua kami pergi sekadar bawa Qs pusing-pusing, tetapi qist dah excited nak masuk, menangis-nangis.. Dengan terpaksa 'q' untuk bayar tiket dan masuk, parking full, aiyaa.. sesuatu yang amat ummi tidak suka tetapi terpaksa menurut kerana kehendak anak kesayangan ayah! Qasr tidur waktu ni, jadi ummi lepak dengan qasr saja dalam kereta. Bayar mahal-mahal tapi ayh dan qq je yang turun cuci mata tengok pokok2 bercahaya..Sekejap pulak tu.. Memang xberbaloi. Kalau beli nasi kandar ayam goreng separuh seperti di PJ (huhu..sedapnya..) lagi berbaloi dengan harga tiket tu..



9 Oktober 2009 @ Menara KL

Masa ni, ummi sedang mengandungkan qasr. Belek-belek photo lama, terjumpa photo ni. Kami menerima kunjungan pakcik dan makcik ayah! Mereka, kami panggil sebagai ayah chik dan cik su. Ayah telah membawa mereka jalan-jalan sekitar KL dan antaranya ialah Menara KL. Hehehee.. macam 'tourist guide' gitu. Sememangnya jodoh itu Allah telah tetapkan dan ...Haa.. sebenarnya inilah orang yang bertanggungjawab menemukan ummi dan ayah suatu ketika dahulu...Nak tahu ceritanya.. jeng jeng jeng.. jumpalah kami!

Qist buat apa tu, korek hidung ke?
 Ayah chik dan chik su antara pasangan yang romantis..
 Mr Rizal with his loving daughter.. Masa ni qist takut dengan kuda..

Ummi dan qayyum..

Cik Su...

Monday, December 13, 2010

Jamuan raya taska aspirasi2010

Tak banyak koleksi gambar dari handset ayah(handset ummi kan hilang, jadi xadalah gambar2 dari handset ummi) semasa jamuan raya taska aspirasi 2010. Taska ini adalah taska qasrina, qayyum dan transit pagi qist. selepas pre-school, qist akan ke tadika aspirasi, (berdekatan dengan taska) kerana mudah untuk dia belajar qiraati pada belah petang, iaitu selepas makan tengah hari, tidur (12.30-3.30..3jam..lama tu..), bangun, mandi dan belajar solat sebelum minum petang. selepas minum, cikgu di tadika akan ajar qiraati, sekejap je, dalam 10 min, untuk pendedahan qist dengan al-quran. inilah antara koleksi semasa jamuan raya di taska aspirasi, tema kami: biru..



Masa ni, qasr tidur.. jadi ummi xnak kacau dia sedang tidur, xada pulak gambar dia kat sini..

qasr - 4months

inilah qasr masa dia 4months.. tapi xmerangkak lagi.. baru belajar-belajar angkat dada..ke belakang..mata bulat kan, of course itu mata ayah!!!



jubah dari mekah

jubah dari mekah, pemberian dari atok dan nenek qist (sebelah ayah) semasa mereka menunaikan haji pada tahun 2009. jubah ini diposkan khas dari mekah. sebagai tanda penghargaan, kami merakamkan gambar keluarga dengan memakai jubah pemberian mereka. waktu ini, qasr masih dalam kandungan lagi.. jadi , gambar keluarga ini tidak lengkap dah sekarang kerana qasr sudah lahir dan berusia 8bulan, semalam!(13/12/2010).




kebetulan

masa ni, umur qist 2 tahun (2009). kami bertandang ke rumah kakak ummi yang berada di wangsa maju. kebetulan, cucu pengasuh yang mengasuh anak-anak kakak juga memakai baju yang sama dengan qist. namanya zulaikha, juga sebaya dengan qist... lihatlah mereka!

Sunday, December 5, 2010

Nak!

Pagi tadi, sekitar 7.35pagi, kereta ummi pun sampailah kat depan taska. Keadaan hujan renyai-renyai menyebabkan qist dan qayyum masih enak diulit mimpi. Ummi kejutlah qist, A'kum qist.. dah sampai dah.. nak gi school abc(srk) tak? Lantas qist menggeliat perlahan dan bangun untuk didukung.. hmm..tandanya suka lah tu ke school abc..
Kemudian, ummi mengejutkan qayyum pulak. A'kum qayyum, dah sampai dah.. nak jumpa amar x? diam.. suasana sepi..tiada reaksi dari qayyum. Ok, ummi cuba lagi..A'kum qayyum, dah sampai dah.. nak jumpa aisya x? pantas dia berpusing dan terus jawab, Nak! amboi, terkejut ummi, pantang dengar nama perempuan! Baru 2tahun dah pandai ye...(dalam hati: eii.. sabar jelah anak terunaku sorang ni..)