Monday, November 29, 2010

Qist pagi tadi

Cerita ini ummi petik semasa dalam perjalanan dari umah ke taska, 30Nov 2010.

Qist (dahulu): apa? apa? - tanya setiap apa yang dia ingin tahu

Qist (1-step ahead): nak pegi mana? (hint: ajak kuar jalan-jalan, padahal dok kat umah)

Qist pagi tadi: qayyum nak guya-guya (gula-gula)? nak? nak? qayyum nak guya-guya qayyum seat down.. (sbb nak dia sorang aje bye bye kat ayah dari dalam car).. huhu..dah pandai rasuah orang..

Wednesday, November 24, 2010

Qayyum 1 tahun

Qayyum amat bertuah. Ini kerana sambutan hari lahirnya yang 1 tahun dibuat di rumah, bukan di taska. Sambutannya di raikan besar-besaran kerana pada masa yang sama kami turut meraikan 2 lagi majlis sekaligus iaitu majlis kesyukuran berpindah ke rumah baru dan majlis rumah terbuka sempena hari raya puasa 2009. Ini antara gambar-gambar kenangan semasa majlis tersebut.

Antara kawan-kawan ayah yang datang

Antara kawan-kawan ummi yang datang

Antara mereka yang datang.. Terima kasih kepada semua yang sudi datang ye!!

 Gambar-gambar semasa majlis berkenaan diambil oleh bariah, anak buah ummi. Rupanya baru ummi perasan yang gambar qayyum tiada dalam koleksi kerana ketika itu qayyum tengah tidur... huhu.. xapalah qayyum, walaupun qayyum tengah tidur, tapi hadiah tetap dapat ye..

2 ramadhan

2 ramadhan lalu, bersaman 12 Ogos 2010 ialah hari lahir qist yang ke-3. Bermakna qist dah usia 3 tahun. ya Allah, dah besar dah anak ummi dan ayah. Memandangkan hari tersebut semua orang islam berpuasa kecuali kanak-kanak yang belum bersekolah, dan belum lagi diajar berpuasa oleh ibu bapa mereka, maka kami meraikan hari lahir qist secara kecil-kecilan sahaja. Hanya ada majlis memotong kek (pada waktu minum petang) di taskanya dan tetamunya adalah kawan-kawannya sendiri termasuk Qayyum, hah, semestinya dia tetamu special qist!

Kek princess antara kek yang menarik perhatian Qist
 Pembuat kek terlupa huruf 'T', sepatutnya ummi tempah 'Qist is 3!'
 Masing-masing pakat nak pegang pisau, potong kek!
 Kawan-kawan menyanyikan lagu Happy birthday to Qist and Allah selamatkan kamu
Gambar kenangan tahun lalu, sambutan hari lahir qist yang ke-2! (Ayah melayan keletah qayyum dan qist)
 Ummi, qist, qayyum dan che ros(kawan ummi di uitm) bersama anaknya anis (kawan setaska qist)
 Bersama kawan-kawan ummi yang dijemput hadir pada majlis petang itu. Terima kasih kepada semua yang terlibat kerana memeriahkan majlis tersebut!


Tuesday, November 9, 2010

Siapa tahu

Siapa tahu macam mana cara nak betulkan tarikh dalam blog? Ummi baru perasan yang tarikh muncul di blog tidak sama dengan tarikh ketika ummi menulis. Terima kasih

30 October 2010

Hari ini hari Sabtu. Jadual ummi dan ayah termasuklah Qs amat ketat (chewwahh). Rutin berjalan lah apalagi.. Pada sebelah pagi kami menghadiri majlis akad nikah kawan baik ummi semenjak tingkatan 1 lagi; Nurul Izzah Hanim Hj Mahmood Sabri (gambar-gambar ummi tidak dapat upload sekarang, nanti ummi minta dengan kawan ummi tu). Kemudian terus disusuli dengan majlis pelancaran tabung anak yatim MRSM Taiping batch kawan-kawan ayah. Ummi lupa lah tahun bila, nanti ummi tanya ayah ummi update ye. Tema majlis akad nikah kawan ummi tu ialah kuning susu untuk keluarga terdekat dan kenalan rapat. Jadi kami memakai baju hari raya kedua tahun ini, warna kuning susu..heheheheeee.. Majlis tu diadakan di Masjid Saidina Ummar Al-Kattab di Bukit Damansara, maka sepanjang perjalanan ke masjid berkenaan, kami di jamu dengan mahligai-mahligai yang indah dan pacuan empat roda yang mewah yang tersada di depan mahligai-mahligai berkenaan. Takut ummi memandangnya..

Selesai majlis akad nikah, makan-makan dan bergambar bersama pengantin, kami  bergegas ke Kelab Golf Tropicana. Memang tidak jauh dari tempat pertama tadi. Kali ini, ummi lagi terkejut, tatkala kereta memasuki perkarangan Kelab Golf tersebut, sekali lagi mata ummi dijamu dengan mahligai-mahligai dan kereta-kereta mewah. Aduss.. tidak sanggup untuk ummi memiliki semuanya kerana takut ummi jadi jauh dengan Allah kalau ummi diuji dengan harta-harta yang tidak ternilai ini..Kami solat zuhur di surau dalam kelab tersebut. Surau perempuan terletak di dalam bilik persalinan yang cukup indah. Ummi terpesona dengan design dalaman, jubin, dinding bercermin di segenap ruang bilik tersebut. Bilik yang amat besar, xsilap ummi lebih besar dengan kondo 3bilik. Dilengkapi dengan satu jakuzzi besar yang sedang menunggu pelanggan nya pada bila-bila masa dan ruang berborak untuk penggunanya yang mewah. Namun begitu, hati ummi tersayat dan cukup sedih kerana mengikut perbualan ummi dan pekerja pencuci di situ, sebenarnya kelab yang mewah itu tidak menyediakan surau khas untuk perempuan. Namun menjadikan satu bilik kecil di dalam bilik persalinan itu untuk kegunaan solat dan ibadat bagi perempuan muslim di situ, itupun permintaan pekerja islam di situ kepada pihak pengurusan...

Ekoran dari pemerhatian ummi, di dalam hati ummi sentiasa berdoa, Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jagalah iman kami...jagalah imah kami..jagalah iman kami. Peliharalah kami dan keturunan  kami semoga sentiasa mengingati Mu dan tergolong dalam hamba-hamba yang Engkau kasihi..Janganlah Engkau menguji kami dengan harta dunia yang melimpah yang menjauhkan lagi kami dari Mengingati Mu. Ampunilah kami ya Allah..Ampunilah kami ya Allah..Ampunilah kami ya Allah.

Syabas kepada Qs kerana pandai menjaga tingkah laku sepanjang kedua2 majlis tersebut.. Senang untuk ummi dan ayah. Gambar-gambar ihsan dari kawan ayah!


Hilang

Minggu lepas (Isnin, 1Nov2010), handset ummi hilang. Handset itu amat ummi sayang kerana hadiah birthday ummi dari ayah tahun lepas (2009). Ummi lahir dec 10, 1982, bermakna tidak sampai usia setahun pun handset itu ummi pakai. Namun begitu, ummi terima nasihat daripada kawan-kawan dan ayah supaya redho dengan kehilangan handset itu dan banyak-banyak muhasabah diri, mungkin ada sesuatu yang kita buat silap/salah yang kita sengaja/tidak disengajakan yang Allah tidak suka. Nasihat kawan lagi: Setiap rezeki yang Allah beri kepada kita adalah pinjaman jadi bersedialah untuk ditarik balik pada bila-bila masa. Jadi, ummi pun tidaklah sedih sangat dengan kehilangan handset ini, dan sekarang ummi telah menggunakan handset yang baru: iaitu handset lama ayah! Heheheee.. seronok jugak kerana handset ini adalah kenangan ummi dan ayah ketika kami mula-mula berkenalan dahulu sehingga kami dijodohkan..memandang handset ini akan sentiasa mengingatkan ummi pada ayah, dan zaman-zaman kami dahulu... kan ada hikmat nya itu... Allah Maha Mengetahui!!

Inilah handset ummi yang hilang itu..

Dan ini pula penggantinya, mengimbas kembali kenangan ummi dan ayah
 

Sebenarnya dalam handset yang hilang itu, terdapat perkembangan diri Qasr yang sedang belajar merangkak. Kesian Qasr, tidak dapat ummi upload gambar2 tersebut. Qasr baru 6bulan, tetapi sekarang sudah ke arah nak berjalan..alahai..lajunyer anak ummi dan ayah seorang ni. Qist dulu, 7 bulan baru merangkak, sama seperti Qayyum. Berjalan pulak, Qist di usia 11bulan, dan Qayyum di usia 9bulan.