Monday, June 4, 2012

suap

cuti sekolah dua minggu. di kesempatan ini, qasrina turut sama breakfast bersama abnag dan kakak nya. sebagai anak sulong, macam-macam ummi ajar supaya kakak dapat hidup berdikari dan menjadi contoh yg baik kepada adik-adik. antaranya ialah.. suap. qist suap qasr. bukan umi malas, tapi ia adalah didikan..
jelingan sambil makan nasi

pandai kakak suap adik. adik pula memberi kerjasama lah. seronok umi lihat.

qayyum lebih enak menikmati roti.. (dia ni xlayan nasi di pagi hari, tetapi makan, apabila 'paksa')

wajah ceria: kenyang perut senang hati.
dah bangun awal kan, rezeki pun murah lah..

klcc dan kl tower

umi suka gambar ni. sbb umi ambilnya menggunakan kamera handset, ketika ayah sedang memandu, dan kami di dalam kereta yg bergerak.di ambil semasa pulang dari rumah ibu (nota: ibu, panggilan utk kakak umi yg tinggal di wangsa maju), ayah saja je bawa melintasi depan klcc dan kl tower, memandangkan qq tidur di siang hari. dua lagi q yg besar memang xtidur nya kalau ke rumah sepupu mereka. macam-macam activity depa main.




pagi yang hening

pagi yang hening di lebuhraya. umi suka menggunakan NKVE, bukit jelutong exit bukit raja utk ke UiTM. ini kerana pemanduan yang lancar dan tenang.. setenang emosi dan fikiran ummi di pagi hari..perasan atau tidak lampu jalan pun x'off' lagi. lampu jalan rasanya (betulkan kalau silap ye) off automatically at 7am, kan. So, kalau x off lagi, bermakna pukul... kami dah berada di jalan raya. oh...tetapi inilah rutin harian kami..  umi kena kejar masa kerana QQ masuk srk 7.45 pg. before tu ummi kena 'breakfast' kan mereka, isi perut kenyang2, baru senang nak belajar. 7.30 target ummi dah sampai area school utk breakfast.

lengang..ke arah klang.

di exit setia alam..pun lengang.. ah..alangkah indah dan damainya.. tetapi ke arah kl dah mula banyak kenderaan

umi baca monday

umi dapat kad!! lalalalalala.. tapi sampai sekarang umi xfaham kenapa ia ditulis begitu. apakah sebenarnya yang nak disampaikan oleh si pembuatnya. kenapa ada airmata? adakah maksudnya, ummi baca kad ini on monday, ummi happy sampai cry? huhuhu.. any idea?

tapi ada loves..maybe tanda sayang dirinya untuk umi..

hah, ada love lagi.. ada "I love umi"..agaknya inilah nilai kasih sayang yang terpamer hasil masakan ibu di pagi hari sebelum ke srk?...


wah, makin besar love ni, siap ada kawan lagi.. katanya yg big itu ummi love, yang small tu baby love, dan yang blue tu ialah DIA.

haa...emosi seorang anak yang dipenuhi kasih sayang..
THANK YOU Qist, Umi loves all the cards that u gave me. I really LOVE u!!! MMuaahh!!!

di suatu ketika..

di suatu ketika di petang ahad..
tu dia...ala-ala daycare gitu.. 4 sekawan tidur, kepenatan setelah exercise kaki di mall, jom, kita dekatkan sikit picture ni..

hahaha...dari kiri, qayyim, qistina, qasrina, qayyum.. lokasi: lanai.