Tuesday, November 29, 2011

bila qasr bertudung

ummi mencuba-cuba tudung baru yang dibeli untuk qist ke school abc. entahle, tiba-tiba je dia minta nak pakai tudung ke school abc. dalam hati ummi bersyukur banyak-banyak sebab nak bertudung tu datang dari diri dia sendiri..
so, bila qasr bertudung...inilah rupanya..


hehheh..sejuk je tengok muka anak-anak.. semoga jadi anak yang solehah ye...amin..

matang

petang semalam, ketika dalam bilik seminar, tiba-tiba ummi mendapat mesej.
dari: cikgu linda
(dalam hati): alamak, susu dah abis ke?
tapi ini yang dihantar dan tertulis:
aspirasi linda: baby qayyim yang matang n bijak.....:)

suap..

sabtu 26 november, ayah ada kerja-kerja yang perlu disiapkan. maka kami tidak pergi ke mana-mana. hanya bermain-main dalam rumah sahaja sambil menemani ayah menyiapkan kerjanya.
paginya, ummi goreng kuetiaw. kuetiawnya banyak, sampai lunch pun masih boleh makan. namun, nasi berlaukkan sardin dan telur kicap tetap juga ada untuk lunch kerana qist dah makan banyak kuetiaw di sebelah pagi, maka tengah hari takkan lah nak makan kuetiaw lagi, jemu lah dia. lagipun si kakak ni suka makan nasi.
tiba-tiba qayyum minta nak makan waktu lunch. memandangkan pagi tadi dia jamah sedikit sahaja kuetiaw, maka ummi memberi semangkuk kuetiaw, untuk dia makan sendiri. di taska memang dia dah pandai makan sendiri pun. seketika kemudian, ketika ummi sedang melintasi playland..alahai.. sejuk hati ummi memandangnya.. qayyum sedang suap qasrina makan. mereka makan sama-sama!!!.. waa.. seronoknya tengok..cepat-cepat ummi snap photo mereka.. bayangkan budak 3setengah tahun sedang suap adik setahun setengah, dengan tak tumpahnya.... tahniah qayyum, anda sudah BIG! yeyeyeye...
nah dik..makan, makan..makan sampai kenyang..

xpuas hati..si adik pilih sendiri lauk dalam kuetiaw tu..
apalagi..habis 3 mangkuk jugaklae kuetiaw hari tu..sekaligus licin kuali...alhamdulillah..

Wednesday, October 19, 2011

seluar panjang

suatu hari di waktu pagi, ummi berkata ke qist (beruniform srk)

ummi: qist.. nanti tahun depan, qist dah 5tahun, qist pakai seluar panjang ke school abc, nak x?macam ummi ni..pakai seluar panjang... sebab qist dah big, xboleh pakai skirt pendek dah... seksi.. malu, orang tengok..
qist: nak nak.. qist xnak malu ummi..

pagi ini, semasa ummi sedang panaskan enjin kereta, tiba-tiba terdengar suara qist dari dalam umah..
qist: ummi..qist nak seluar panjang .. qist xnak skirt ni.. dah pendek dah.. qist malu...
ummi: (terkejut): iye, ok ok..

(alhamdulillah.. perasaan malu tu dah wujud dalam diri dia sendiri.. nampaknya satu perkembangan positif dah dicapai..)


suatu ketika dahulu (3yrs)

sekarang (4yrs)...(sejuk perut ummi memandang..) kita tutup aurat slowly ye..


jatuh part 2

ini adalah perkembangan mata qist ekoran jatuh dalam toilet. kejadian tu berlaku ahad malam isnin, gambar ini di ambil hari rabu pagi, bermakna sudah 3hari berlalu...

jadi macam make up lah pulak.. kesian.. senyum je yang dia tahu..

Sunday, October 16, 2011

pensil dan kertas

dia ni xtau le ikut perangai siapa, ummi ke ayah... dia suka sangat menulis, mewarna, me.. apa-apa jelah aktiviti yang meibatkan pensil dan kertas. hmm.. ikut perangai ummi lah kot..(heheheeh asyik-asyik ummi je ye.. sorry ye ayah, sbb ummi sorang je ada authority utk update blog ni)..xkira di mana tempat yang ada space, bila dah datang kemaruk menulis dia tu.. mesti jadi punyalah..buktinya tengok sendiri:

tempat seat belakang dalam kereta

kusyuk pulak tu, xsedar ummi snap picture..apa yang dia tulis tu.. macam huruf2 konsonan..

tengok, sampai kaki pun dah berlipat, kena stroller. ah, janji dapat menulis.. ayah kena tukar kereta lagi panjang ni..

semasa qist sedang melukis, qayyum buat apa ye????

tidur!!!!!!! hahahahahaha..

spec

spec atau kaca mata mempunyai pelbagai fungsi. ummi dan ayah pakai spec sbb mata kami rabun jauh. ada yang pakai spec untuk melindungi sinaran cahaya matahari yang terik, terutama ketika memandu. namun ada juga yang pakai spec utk bergaya semata-mata termasuk mereka bertiga ini...
qist..

qayyum.. alamak! salah le dik..

qasrina.. ha.. tengok..adik lagi pandai pakai dari abang!

jatuh

ummi kat atas, tidurkan qayyim.. tiba-tiba ayah bagitau qist jatuh dalam toilet, licin masa nak basuh tangan. jatuh kena mata pulak tu.
pagi ni ummi bawa jumpa doc. kesian tengok mata dia.. biasanya ummi sentiasa pastikan lantai toilet tu kering. semalam je ummi tak keringkan guna 'penyodok' air, jadi maybe lantainya basah sedikit. rasa bersalah lah pulak ummi pada kesian.. kesian qist...
masih ceria walaupun sakit..sbb dapat datang school ummi

Sunday, October 9, 2011

meniarap!

8 Oct 2011, bersamaan usia 3bulan 5hari, Qayyim dah boleh meniarap!! Tapi bising sekali mulut dia masa nak meniarap.Tahniah ummi dan ayah ucapkan, kerana anda juara, mengatasi rekod terdahulu oleh abang dan kakak-kakak, 4bulan. Anda pula boleh meniarap dalam 3bulan, marvellous!!! Eh, mana gambar ni.. sabar ye, handset nokia 'tua' ummi xboleh tangkap gambar. Nanti ummi upload ye..

ok, dah upload dah.. credit to auntie Ida

Friday, October 7, 2011

Qasrina...day by day

 ummi rakamkan gambar qasrina..sebagai kenangan..

 

kecil lagi..

inilah kerja qayyum..kecil lagi.. suka panjat, meja pun dipanjatnya. selalu kena marah dek ayah dan ummi. atas meja tu. meja ni pernah glass dia terjatuh kerana xtahan berat.siapa lagi yang panjat, kalau bukan qqq (nota: masa ni qasrina xpandai lagi, qayyim belum lahir pula).Tapi majoritinya oleh qayyum.. Watch out Qayyum, gambar ni kantoi..siap le ayah rotan nanti!

kurung

jangan tertipu tengok gambar ni..bukan, bukan, mereka bukan kena kurung, tetapi ummi tutup sekejap untuk sapu lantai kat luar rumah.. hahhaha..kesian sungguh tengok muka masing-masing. meraih simpati untuk dilepaskan.. help me..help me...help me..(hahahhahhah...tau gelak je ummi kan!)

puzzle part 2

ini pula diambil pada hari yang lain..
kalau ada puzzle, sentiasa nak main puzzle..jadi bila xnampak puzzle, barulah dia fokus ke aktiviti lain pula..
kusyuk kan!

ni kalau datang adik-adik kacau memang tensen abiss..

puzzle princess lagi!!!!!!!!

puzzle

selain minat colour-colour, dia suka sangat bermain puzzle. kalau jumpa puzzle, mesti dia nak buat. ummi pun xsure dia ikut siapa suka main puzzle, ayah ke ummi? ummi kot.. sbb ummi je yang boleh update blog ni..hahahaha.. kelebihannya, dia boleh buat puzzle tanpa melihat gambar keseluruhan puzzle tu sendiri.. alhamdulillah..inilah dia..

puzzle princess antara kesukaan nya

kusyuk...senang ummi dan ayah nak buat kerja

tengok mukanya itu..tangkap gambar pun xlayan

dah siap!!!!

progress qist

umi g amik qist seperti biasa hari ni.
buka sahaja pintu kereta oleh teacher izzah, ini yang terus dicakapnya..


mama qist.. dia baguslah mama.. laju sangat. dia dah banyak tahu membaca dan menulis.. tulisannya kemas, colour dia cantik.. baguslah mama qist, keep it up.

mama qist: (senyum senyum).. iye ke..alhamdulillah..
qist: (senyum-senyum.. kembang kempis orang puji dia) 


Tuesday, October 4, 2011

Fraser Hill

Seronoknya pergi Fraser Hill.. Seronok? Oh, tidak... ummi xnak pergi Fraser Hill lagi. Tempatnya memang lah nyaman, sejuk, indah, damai, tenang dan semua nya menyenangkan tetapi..ummi xsanggup menghadapi/mengenang kembali jalan mendaki ke sana (dengan kereta ye..)..Ya Allah, jalannya kecil, berliku2.. lamaaaaa sangat.. Kalau tiba2 ada lori, huhuhu.. nak potong memang susah sekali sbb sekali lori tu membelok, abis satu jalan diambilnya. Tetapi, kalau ada orang sudi bawa ummi dengan helikopter, dan tanya ummi, nak pergi ke Fraser Hill, denagn laju nyer ummi jawab, Nak!! ahahhaha...

Tengah mengandungkan Qayyim.. 7bulan kot..
Tiba-tiba nampak kabus datang.. masa ni dah tengah hari ni.. oo..sejukkk.. memang bukit yang belum tercemar le..

Sempat lagi pose tengah2 bermain..

Ayah.peneman setia ummi...dikau yang TERBAIK!!

Pegang kuat-kuat ye..

Antara pemandangan di Fraser Hill....cantik kan!

Monday, October 3, 2011

Cikgu Erin

Ini ialah Cikgu Erin. Dia bukanlah cikgu yang mengajar di sekolah tetapi QQQ memanggilnya cikgu kerana dia bekerja di taska Aspirasi, bukan sekejap, tetapi selama 3tahun. Cikgu Erin berhenti semasa Qasrina masih bayi, tak sempat jaga Qayyim. Terpaksa berhenti kerana dipanggil oleh ibubapanya untuk pulang bekerja di kampung kerana Cikgu Erin adalah anak tunggal. Kami
(bukan kami sahaja, parents lain pun sama di Aspirasi) amat menyenangi Cikgu Erin, bahkan qqq senang dan selesa sahaja berada dengannya kerana Cikgu Erin memang sukakan budak-budak dan budak-budak sukakannya. Semasa Cikgu Erin dengan taska Aspirasi, ummi dan ayah pernah membawa beliau berjalan-jalan, dengan tujuan untuk membantu kami menguruskan qqq. Antaranya ialah ke Port Dickson, Janda Baik dan Batu Feringghi. Jadi QQQQ, ingatlah nanti, kalau berjumpa dengan Cikgu Erin tak kira di mana dan bila, hormatilah dia ye, jangan sombong ye..kerana dia pernah menjaga dan mengasuh anda semasa anda kecil dahulu..

keep@simpan

ini kisah qasrina.. Usia sekarang (5Oct2011) ialah 1tahun 6bulan. Mungkin kerana di atasnya ada seorang abang dan seorang kakak, dan selalu memerhati gelagat, tingkah laku, kesalahan dan hukuman yang dikenakan, maka dia nampak mudah menurut kata ayah dan ummi, maka mudah untuk kami mendisplinkan dirinya.

Gambar lama: usia 11bulan
Semalam, ummi sedang mengemas bahagian atas kabinet yang mempunyai baju-baju qqqq. Dalam kabinet tersebut ada laci kecil, tempat ummi simpan pakaian-pakaian qqq (qayyim xtermasuk, sbb dia mempunyai laci khas untuk dirinya) yang kecil tudung budak, panties, stoking, gloves, dan sebagainya. Tiba-tiba, ummi perasan ada seseorang di bawah, bila tunduk, kelihatan qasrina sedang menyelongkar laci tersebut dan tudung-tudung kakak dia sudah pun berselerak di atas lantai. Apalagi, depan mata ummi (atas kabinet) sudah tersedia rotan panjang (kat speedmart ada..heeehheh), maka ummi mengacukan rotan tersebut ke arah tudung, dengan mata ummi bulat memandang qasrina sambil tegas berkata: 'Keep!'(Chewwah, cakap orang putiss ni) Hanya sepatah ayat, cukup untuk qasrina faham, dengan dijawab semula 'impan'. (Aduss...  malu ummi). Ummi sebut keep, dia jawab impan.. hahahhhahaa tergelak sekejap, tapi masih berlakon lagi.. Ummi ulang semula 'Keep', Keep' sambil rotan dihalakan ke arah tudung-tudung dan digerakkan ke arah wardrobe kecil tu.. Mata kecil yang bulat tu memandang ummi, tanda takut..(Ummi takkan rotan nya, tapi acah2 je, supaya dia takut, lain kali xbuat lagi). Dengan takut nya, cepat2 dia mengambil tudung-tudung tadi, satu persatu dimasukkan ke dalam laci. Lama sekali sbb kadang2 tudung terjatuh, terlekat..dengan kadar yang perlahan.... hahahhaa..nak ketawa pun ada..tapi  baguslah sbb dia menurut kata..senang nak mendidik ni.. heheehehe.. lepas selesai je, Qasrina pun memandang ummi dengan berkata 'Dah'. Ummi pun tersenyum, lantas memberi hadiah satu kucupan tanda penghargaan..

Wednesday, September 28, 2011

Lahirnya...

Lahirnya..

seorang lelaki lagi dalam keluarga kami. Pada 3July2011, tepat pukul 7:10pagi, bertempat di labour room, KPJ Selangor (or SMC), seberat 3.2kg, maka keluarlah seorang lagi bayi lelaki dalam hidup ummi dan ayah. Alhamdulillah.. kami namakannya Mohammad Qayyim bin Mohammad Rizal, bermakna Leader or Masjid (bagi arab Libya, sebab ummi tanya isteri kawan sepengajian ummi, mereka orang Libya). Supaya dia dan Qayyum boleh hidup sepakat. Beza umur pun  tidak jauh dengan Qayyum, jadi bila mereka besar dan bersekolah, orang akan tahu, "hah itu Qayyim, adik Qayyum" or "Hah itu Qayyum, abang si Qayyim.." lagipun senangkan, tukar 'u' kepada 'i' sahaja..

Jadi kepada mereka yang perasan, nama asal blog ni 'Qs...(Qistina, Qayyum, and Qasrina..)' kenalah ditukar kepada kepada 'Qs...(Qistina, Qayyum, Qasrina and Qayyim..)', ekoran kelahiran permata ke4 ini..

28Sept2011

Alhamdulillah.. hari ini berjaya ummi access masuk ke blog sendiri.. Sorry ye ayah, and qqqq, lama sangat dah ummi xupdate, kes lupa password le apalagi. Kepada kawan-kawan ummi yang rajin-rajin singgah tu, sorry ye, lama xupdate, especially to Auntie Nazu.. masa pantang kat kampung nanti, boring-boring, bolehla singgah kat boleh Qs ni ye..
Azan Asar baru je berkumandang, ummi pun dah penat dah perah otak untuk draft paper, apa kata kita layan sekejap blog ni..Jom!

Thursday, May 26, 2011

password o password

alahai.. dah lama ummi xupdate blog ni.. bukan apa, ummi terlupa passwod.. ni baru dapat. Syukur, lepas ni bolehlah ummi berkongsi kisah qqq dan baby yang akan keluar tidak lama lagi, mohammmad Q, insyallah..
Dah banyak cerita menarik pasal qqq yang terlepas.. Tapi akan ummi update ok!

Wednesday, January 5, 2011

Family Day at Bukit Cherakah 2010

ASP Research Group ummi mengadakan 'family day' kat bukit cherakah. Committee telah menempah kawasan kelah dan kolam renang utnuk activiti anak2 kami. Apalagi, ummi dan ayah membayangkan qist and qayy bermandi-manda di kolam seperti kawan2 yang  lain.. Tapi kebenarannya adalah..

haa.. qayyum takut air!!!!! tengok tu, kuat sungguh dia berpegang dengan ayah, takut jatuh,..huhu.. hero tak macho!! qist masih berjinak2 dengan air.. nanti lama2 biasalah dia..

Peek-a-boo

Qasr dah pandai main peek-a-boo dengan ummi! Sungguh menakjubkan. Ummi pun xperasan, tapi dia lagi laju berbanding abang dan kakaknya. Dari mana dia belajar ummi kurang pasti, tapi pernah suatu ketika dulu ummi pasang vcd brainy child: peek-a-boo masa umurnya 6bulan. Maybe dia masih ingat kot. Biasanya semasa perjalanan pulang dari taska ke rumah, dia akan gunakan 'blanket'nya untuk peek-a-boo dengan ummi, kakak dan abangnya. Caranya mudah, dia akan tutup mukanya dengan blanket, kemudian, menariknya, kemudian ketawa!.. Wahh.. seronok ummi.

*Peek-a-boo = cikuuu chak!(kelantan)