Sunday, March 18, 2012

ummi penat?

Hari ini qistina and qayyum bersekolah seperti biasa setelah seminggu ber'holiday' kerana cuti sekolah (10-17mac). Namun ada perkara yang ummi lupa catatkan di sini, sebelum cuti sekolah. Ia bermula begini..

Ada dalam satu minggu bersekolah tu, selama tiga hari berturut-turut ummi tidak siapkan bekal utk qistina and qayyum (QQ). Ini kerana ayah mereka mempunyai agenda kilang semasa lunch cthnya: kilang mengajak mereka lunch di JayaOne, seterusnya mereka ada mesyurat, jadi lunch disediakan dan pada hari ketiga, ayah ada training, jadi lunch disediakan. Kesempatan ini, ummi membawa QQ ke tirai ratus utk bersarapan utk 3 hari berturut-turut. Namun, pada awal pagi, ketika dalam perjalanan dari rumah, iaitu pada hari yang ketiga QQ tiada bekal,

Qist: Ummi, ummi masak x hari ini?
Ummi: Tak sayang.
Qist: Kenapa ummi x masak?
Ummi: Sbb ayah ada training, lunch disediakan, jadi xperlu bawa bekal (nota: padahal ummi cukup2 suka kalau xperlu bawa bekal, xperlule ummi bangun seawal 5 pagi..hehhe..tetapi lain pulak yang berlaku..adoi..)
Ummi lagi: Kenapa Qist, Qist nak makan ummi masak ye. Esok ummi masak. Qist nak makan apa?
Qist: Qist nak nasi kicap! (dijampuk qayyum: Qayyum pun nak nasi Kicap, ummi!)
Qist lagi: Ummi, ummi xmasak sbb ummi penat ke?
Ummi: X sayang, ummi xpenat, esok ummi masak ye..

Alahai.. anak2ku.. betapa mereka merindui masakan ummi mereka biarpun hanya lauk kicap! padahal macam2 hidangan ada di tirai ratus, namun nasi kicap juga menjadi idaman mereka. Agaknya inilah menyebab kepada kita sendiri yang sentiasa merindui masakan ibu kita biarpun kita sendiri sudah bergelar 'ibu'.


(nota: nasi kicap = nasi yang berlauk kan telur or ikan or apa sahaja berkuahkan tumis kicap or  kicap semata-mata)

Sunday, March 11, 2012

berjalan

qayyim dah mula2 belajar berjalan.. tangga dan banyak anak tangga dah dipanjatnya.. aisey.. bertambah lagi le tugas ummi..







ketika qayyim sedang sibuk posing gambarnya diambil, apa pula aktiviti abang & kakaknya?







wah.. bagusnya kakak, dia sedang ajar qayyum art & craft... sayang kakak!!

qist suka pakai tudung!

ummi paparkan koleksi qist qist suka pakai tudung.. alhamdulillah seronok ummi...








betul tu, selain qist suka pakai tudung, qayyum pula suka berkopiah!

pantai morib

pantai morib? hmm pantai nya berpaya.. lagi cantik pantai PCB ..huhhuhuuwaaa... namun, kat shah alam ni mana nak jumpa pantai. asalkan nama nya pantai, maka ok lah tu. salah satu pantai yg dekat dengan shah alam selain pantai dalam ialah pantai morib. so, ayah bawa kami ke pantai morib, just utk relax satu family, n bawa qqqq mandi kolam..
saksikan aksi mereka..

qayyum, qist.. dah seronok mandi kolam

masa ni qayyum masih lagi takut air..berjinak2..




tu dia.. tido.. tugas umi menjaga qayyim..enak dia tido, senang tugas ummi..