Tuesday, November 29, 2011

bila qasr bertudung

ummi mencuba-cuba tudung baru yang dibeli untuk qist ke school abc. entahle, tiba-tiba je dia minta nak pakai tudung ke school abc. dalam hati ummi bersyukur banyak-banyak sebab nak bertudung tu datang dari diri dia sendiri..
so, bila qasr bertudung...inilah rupanya..


hehheh..sejuk je tengok muka anak-anak.. semoga jadi anak yang solehah ye...amin..

matang

petang semalam, ketika dalam bilik seminar, tiba-tiba ummi mendapat mesej.
dari: cikgu linda
(dalam hati): alamak, susu dah abis ke?
tapi ini yang dihantar dan tertulis:
aspirasi linda: baby qayyim yang matang n bijak.....:)

suap..

sabtu 26 november, ayah ada kerja-kerja yang perlu disiapkan. maka kami tidak pergi ke mana-mana. hanya bermain-main dalam rumah sahaja sambil menemani ayah menyiapkan kerjanya.
paginya, ummi goreng kuetiaw. kuetiawnya banyak, sampai lunch pun masih boleh makan. namun, nasi berlaukkan sardin dan telur kicap tetap juga ada untuk lunch kerana qist dah makan banyak kuetiaw di sebelah pagi, maka tengah hari takkan lah nak makan kuetiaw lagi, jemu lah dia. lagipun si kakak ni suka makan nasi.
tiba-tiba qayyum minta nak makan waktu lunch. memandangkan pagi tadi dia jamah sedikit sahaja kuetiaw, maka ummi memberi semangkuk kuetiaw, untuk dia makan sendiri. di taska memang dia dah pandai makan sendiri pun. seketika kemudian, ketika ummi sedang melintasi playland..alahai.. sejuk hati ummi memandangnya.. qayyum sedang suap qasrina makan. mereka makan sama-sama!!!.. waa.. seronoknya tengok..cepat-cepat ummi snap photo mereka.. bayangkan budak 3setengah tahun sedang suap adik setahun setengah, dengan tak tumpahnya.... tahniah qayyum, anda sudah BIG! yeyeyeye...
nah dik..makan, makan..makan sampai kenyang..

xpuas hati..si adik pilih sendiri lauk dalam kuetiaw tu..
apalagi..habis 3 mangkuk jugaklae kuetiaw hari tu..sekaligus licin kuali...alhamdulillah..