Thursday, September 2, 2010

sama-sama

suatu pagi, ketika ummi sedang menyapu, qist pun sibuk menyapu sama, diikuti adiknya, qayy. bermakna umah kami ada 3 batang penyapu! ummi jadi terkejar2 kerana dengan bantuan si kecik berdua ini, bukan makin bersapu, tapi makin merapu debu2 tu..akhirnya semasa ummi sedang menyodok kesemua debu2 tadi ke dalam penyodok dengan penyapu, lantas ummi berkata: dah dah biar ummi sorang je yang buat, nanti xmasuk sampah2 tu.. qist: ummi ni...xbagi qist buat sama-sama lah! aduhai...terpana ummi sekejap.. kata-kata seorang anak yg bersungguh-sungguh mahu menolong umminya. tanpa kusedari, anakku dah banyak berubah dan pandai berfikir rupanya, makin membesar... lantas ummi membiarkan satu pertiga debu khas untuk qist sapu... terima kasih qist..

Inilah mereka..

Inilah Nuraina Qistina...nama manjanya Qist...3tahun pada 12August2010
Ini pula Mohd Qayyum...2tahun pada 23September2010
Dan adik mereka... Nuraina Qasrina.. 4bulan pada 13August2010..

Wednesday, September 1, 2010

alahai Qayyum..

Alahai Qayyum... anak terunaku yang sorang baru ni.. semalam ketika mengambilnya dari taska, wajahnya suram aje..dia xlagi berlari2 seperti selalu, matanya seperti mencari sesuatu.. sah! dia mencari Qist, rindukan kakaknya. Kesian dan rasa bersalah pulak kerana memisahkan mereka berdua. Mereka jarang berpisah, walaupun asyik bergaduh, berebut mainan tetapi itu adalah lumrah adik beradik yang masih kecil, namun mereka sudah pandai berkongsi makan malah juga barang. Kalau bagi untuk Qayyum, mesti ada satu untuk Qistina. Kalau beli sesuatu untuk Qistina, mesti ada untuk Qayyum. Semalam semasa tidur suami memberitahu ku dia mengigau..kesian, kesian. lagipun bulan ini cukup dia usia 2tahun. Kalau tahun lepas, dia demam kerana beralih umur. Entahlah betul ke tidak, mungkin suatu kebetulan. Tahun ni xtahulah pulak. Semalam cikgu taska ada juga memberitahu yang tidurnya di siang hari kerap terganggu. Kejap, kejap dia bangun menangis, dan selepas di tepuk2 dia tidur kembali.. Alahai Qayyum... kalaulah boleh beritahu ummi dan ayah, apa masalah Qayyum?

3rd day - Qist

Teacher B, macam mana Qist hari ini, apa yang dia belajar, dia bercakap tak, dia bagitau tak dia nak shu shee?
Alhamdulillah.. Qist is very independent person, dia nampaknya very cooperative. She's making friend! Hari ini saya ajar menggunakan white board, bila saya tanya dia tak jawab, tetapi bila saya ajar, dia ikut apa yang saya baca. Nampak dia berminat untuk belajar. Pasal shu shee, dia xbagitau tapi saya yang kena tanya.
Tadipun ummi nampak masa line up selepas habis class, dia makin ceria, nyanyi (sebutan tak difahami) dan menurut segala gerak geri lagu yang dipasang oleh teacher di situ.
Qist, suka x? Suka! Esok nak datang lagi tak? Nak! Dan seperti biasa sebelum myvi beredar meninggalkan SRK (smart reader kids), dia seperti bercakap seorang di balik cermin kereta tetapi masih sempat saya dengar ucapannya: bye bye school ABC... hai..betapa gembiranya dia di sini. Wajahnya yang ceria menggambarkan dia seronok dapat belajar dan bermain. Sesuatu yang baru baginya.
Selama mana dia akan gembira saya pun tak tahu. Kerana sekarang baru sahaja perkenalannya dengan suasana baru, cara baru, rakan2 baru.. semoga ianya berterusan sehinggalah dia berterusan ke alam persekolahan..

2nd day - Qist

A'kum..

Hari ini merupakan hari ke2 Qist ke smart reader. Pagi tadi, dia asyik menguap, alahai..kesiannya anakku..masih berbaki lagi ngantuk dia. Lama2 nanti biasalah tu, lagipun dia tidur 9mlm, bangun 7.15pagi.. 10jam! lama tu...
sebelum 11.45pagi saya sudah sampai semata2 ingin melihat prestasi dirinya. Sama seperti sebelum ini, saya mengintai dari celah cermin kerana kalau dinampaknya kelibat umminya tentu lain perangainya. Waa.. nampak bersemangat, gerak kaki tangan, mulut kumat kamit mengikut lagu yang dinyanyikan oleh teachers kat situ. Kemudian saya membawanya ke kedai runcit sebelah untuk dia memilih roti sebagai makanan tengah hari nya, kerana di bulan puasa, sekolah tempat transitnya sedang melatih pelajar2 mereka berpuasa, jadi makan bermula pukul 3.30 petang (selepas tidur tengah hari). seronok dia berlari, dan memilih roti, satu untuk dia, satu untuk qayyum. Alamak, ummi nak satu boleh x? Ketika myvi membelok keluar ke jalan besar, dengan happynya Qist berkata "bye-bye school ABC(smart reader), esok datang lagi kan!"

1st day - Qist

ini cerita mengenai 1st day Qist at smart reader ss3, shah alam.
mula-mula..dia observe.. mungkin ini dalam kepalanya: apa tempat ni, dinding penuh dgn lukisan, kartun, aku suka, aku suka..

then masa ummi nak amik gambar send kat ayah ada 2boys sibuk nak masuk kamera jugak, qist maybe fikir: jgn tolak2, xsukalah.. qist aje qist aje, orang lain xyeh..(xboleh)
pastu.. tanya nak shu shee.. dia ikut je teacher B ke toilet, la xfollow.so far, memang mudah masuk dgn org.
time line up, utk start kelas.. pegun je.. org lain gerak-gerak nyanyi lagu, dia terkebil-kebil
kul 9.10, dia nampak ummi kat waiting room, masa tu baru abis line up, dia pun lari kuar, eh, ummi ckp xle, kena masuk kelas, then masuk kelas, ummi pun balik itm.

abis kelas, ummi tengok di balik cermin, time line up, pasang lagu, dia dah gerak tangan badan ikut kwn2 buat, mulut dah gerak2 ikut orang nyanyi.lepas tu laju jer pakai kasut, turun tangga, xsempat nak pimpin. kawan2 say goodbye, cikgu pun say good bye. tanya dia suka tak, suka! then bawa gi buy roti sbb tadika makan kul 3.30 dibulan puasa. pastu tanya nak gi esok lagi tak? nak! masa myvi nak beredar dia sebut, bye bye.. ok lah tu, nampak dia byk observe, byk dia suka.. sesuatu yg baru dlm hidupnya. ari ni dia belajar mewarna, puan marlya ckp 1st day, so, xpush sgt, lagipun baru 3yrs.

la buy roti jagung(dia pilih) dan roti coklat (me!). tp dia amik dia ckp ni bg qayyum kan.. adoi..kesian pulak pisahkan dia dgn qayyum, ingat dia kat qayyum.. lepastu masa kat sreader, sementara nak tunggu line up, ummi tunjuk gambar dia n qayyum dlm lrt dia ckp kuat sgt mcm nk bg kawan2 barunya dengar: haha qist ngan qayyum naik thomas, sambil mukanya dipalingkan ke arah kawan2 barunya itu, tp sorang pun xdengar apa yg dia ckp..masing2 sibuk bemain huhuhu..