Tuesday, October 26, 2010

Colour-colour

Antara kegemaran qist ialah 'colour-colour', bermain puzzle, menulis dan menonton PHDC. Hmm.. bercerita pasal 'colour-colour', dia tersangat suka dengan activiti ini..lihatlah gambar di bawah. Gambar ini sempat ummi ambil ketika kami pulang bercuti hari raya di kampung baru-baru ini.


 Bukan setakat di rumah, dalam kereta pun jadi... senang perjalanan kami semasa beraya hari tu....
Tengok tu, kusyuk bukan main..

 Haa... dah hampir siap dah dinasour qist!
 Pagi raya pun sibuk lagi nak 'colour-colour'... agak2 nye lah, ketika Qist sibuk colour-colour, Qay buat apa ye? Hobi Qayyum apa ye?

Jeng, jeng, jeng, inilah sebahagian hobi Qayyum. ummi panggil "merobek'. Habis segala benda dia suka 'merobek', explore setiap pelusuk benda yg dia minat, kalau Qist tengok, apalagi, 'hot' lah kawan kita tu, barang-barang kegemarannya di'explore' oleh adiknya yang dalam masa yang sama 'teman sepermainan nya'. Kebanyakan barang mainan di rumah, rosak ekoran 'eksplorasi' si Qayyum.. Ayah dan ummi: sabar jelah.. kanak-kanak kan suka mencuba sesuatu yang baru...


 Hah.. kantoi, tengah test 'colour' tu..

Happy 4th Anniversary!!!

Alhamdulillah... 27October 2010,....Happy 4th Anniversary ummi ucapkan untuk diri ummi dan ayah! Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kerana selama 4tahun ini , kehidupan kami telah dihiasi dengan kurniaanNya yang tidak ternilai.. 2puteri, 1 putera..

submit

Alhamdulillah.. setelah sekian lama dan mengharungi pelbagai dugaan, akhirnya ummi bersedia untuk 'submit' thesis  MSc ummi untuk dinilai oleh pemeriksa-pemeriksa yang telah ditetapkan.  Jadi, lepas ni ummi bolehlah sambung meng'update' kisah-kisah terkini dan sebelumnya mengenai 3 Qs ini. Terima kasih ummi julungkan kepada ayah (suami ummi, Qs panggil ayah) kerana sokongan padu setiap masa, tanpa mengenal jemu dan penat yg diberikan kepada Ummi sepanjang pengajian ummi. Kami sayanggg ayah!!!

Monday, October 4, 2010

Jengah

Dah lama dah ummi tak jengah blog ni sejak ummi kena siapkan final draft utk MSc journey ummi. Nanti dah submit hardbound ummi continue ye. Banyak kisah2 menarik pasal qqq ni, tentang raya, colour2, shoe pink, etc. Ummi mohon maaf kat qqq dan ayah qqq. Harap kalian boleh bersabar ye..terima kasih..