ini kisah qasrina.. Usia sekarang (5Oct2011) ialah 1tahun 6bulan. Mungkin kerana di atasnya ada seorang abang dan seorang kakak, dan selalu memerhati gelagat, tingkah laku, kesalahan dan hukuman yang dikenakan, maka dia nampak mudah menurut kata ayah dan ummi, maka mudah untuk kami mendisplinkan dirinya.
|
Gambar lama: usia 11bulan |
Semalam, ummi sedang mengemas bahagian atas kabinet yang mempunyai baju-baju qqqq. Dalam kabinet tersebut ada laci kecil, tempat ummi simpan pakaian-pakaian qqq (qayyim xtermasuk, sbb dia mempunyai laci khas untuk dirinya) yang kecil tudung budak, panties, stoking, gloves, dan sebagainya. Tiba-tiba, ummi perasan ada seseorang di bawah, bila tunduk, kelihatan qasrina sedang menyelongkar laci tersebut dan tudung-tudung kakak dia sudah pun berselerak di atas lantai. Apalagi, depan mata ummi (atas kabinet) sudah tersedia rotan panjang (kat speedmart ada..heeehheh), maka ummi mengacukan rotan tersebut ke arah tudung, dengan mata ummi bulat memandang qasrina sambil tegas berkata: 'Keep!'(Chewwah, cakap orang putiss ni) Hanya sepatah ayat, cukup untuk qasrina faham, dengan dijawab semula 'impan'. (Aduss... malu ummi). Ummi sebut keep, dia jawab impan.. hahahhhahaa tergelak sekejap, tapi masih berlakon lagi.. Ummi ulang semula 'Keep', Keep' sambil rotan dihalakan ke arah tudung-tudung dan digerakkan ke arah wardrobe kecil tu.. Mata kecil yang bulat tu memandang ummi, tanda takut..(Ummi takkan rotan nya, tapi acah2 je, supaya dia takut, lain kali xbuat lagi). Dengan takut nya, cepat2 dia mengambil tudung-tudung tadi, satu persatu dimasukkan ke dalam laci. Lama sekali sbb kadang2 tudung terjatuh, terlekat..dengan kadar yang perlahan.... hahahhaa..nak ketawa pun ada..tapi baguslah sbb dia menurut kata..senang nak mendidik ni.. heheehehe.. lepas selesai je, Qasrina pun memandang ummi dengan berkata 'Dah'. Ummi pun tersenyum, lantas memberi hadiah satu kucupan tanda penghargaan..