Thursday, September 2, 2010

sama-sama

suatu pagi, ketika ummi sedang menyapu, qist pun sibuk menyapu sama, diikuti adiknya, qayy. bermakna umah kami ada 3 batang penyapu! ummi jadi terkejar2 kerana dengan bantuan si kecik berdua ini, bukan makin bersapu, tapi makin merapu debu2 tu..akhirnya semasa ummi sedang menyodok kesemua debu2 tadi ke dalam penyodok dengan penyapu, lantas ummi berkata: dah dah biar ummi sorang je yang buat, nanti xmasuk sampah2 tu.. qist: ummi ni...xbagi qist buat sama-sama lah! aduhai...terpana ummi sekejap.. kata-kata seorang anak yg bersungguh-sungguh mahu menolong umminya. tanpa kusedari, anakku dah banyak berubah dan pandai berfikir rupanya, makin membesar... lantas ummi membiarkan satu pertiga debu khas untuk qist sapu... terima kasih qist..

No comments:

Post a Comment