Wednesday, September 1, 2010

3rd day - Qist

Teacher B, macam mana Qist hari ini, apa yang dia belajar, dia bercakap tak, dia bagitau tak dia nak shu shee?
Alhamdulillah.. Qist is very independent person, dia nampaknya very cooperative. She's making friend! Hari ini saya ajar menggunakan white board, bila saya tanya dia tak jawab, tetapi bila saya ajar, dia ikut apa yang saya baca. Nampak dia berminat untuk belajar. Pasal shu shee, dia xbagitau tapi saya yang kena tanya.
Tadipun ummi nampak masa line up selepas habis class, dia makin ceria, nyanyi (sebutan tak difahami) dan menurut segala gerak geri lagu yang dipasang oleh teacher di situ.
Qist, suka x? Suka! Esok nak datang lagi tak? Nak! Dan seperti biasa sebelum myvi beredar meninggalkan SRK (smart reader kids), dia seperti bercakap seorang di balik cermin kereta tetapi masih sempat saya dengar ucapannya: bye bye school ABC... hai..betapa gembiranya dia di sini. Wajahnya yang ceria menggambarkan dia seronok dapat belajar dan bermain. Sesuatu yang baru baginya.
Selama mana dia akan gembira saya pun tak tahu. Kerana sekarang baru sahaja perkenalannya dengan suasana baru, cara baru, rakan2 baru.. semoga ianya berterusan sehinggalah dia berterusan ke alam persekolahan..

No comments:

Post a Comment