Wednesday, September 1, 2010

2nd day - Qist

A'kum..

Hari ini merupakan hari ke2 Qist ke smart reader. Pagi tadi, dia asyik menguap, alahai..kesiannya anakku..masih berbaki lagi ngantuk dia. Lama2 nanti biasalah tu, lagipun dia tidur 9mlm, bangun 7.15pagi.. 10jam! lama tu...
sebelum 11.45pagi saya sudah sampai semata2 ingin melihat prestasi dirinya. Sama seperti sebelum ini, saya mengintai dari celah cermin kerana kalau dinampaknya kelibat umminya tentu lain perangainya. Waa.. nampak bersemangat, gerak kaki tangan, mulut kumat kamit mengikut lagu yang dinyanyikan oleh teachers kat situ. Kemudian saya membawanya ke kedai runcit sebelah untuk dia memilih roti sebagai makanan tengah hari nya, kerana di bulan puasa, sekolah tempat transitnya sedang melatih pelajar2 mereka berpuasa, jadi makan bermula pukul 3.30 petang (selepas tidur tengah hari). seronok dia berlari, dan memilih roti, satu untuk dia, satu untuk qayyum. Alamak, ummi nak satu boleh x? Ketika myvi membelok keluar ke jalan besar, dengan happynya Qist berkata "bye-bye school ABC(smart reader), esok datang lagi kan!"

2 comments: