Wednesday, September 1, 2010

alahai Qayyum..

Alahai Qayyum... anak terunaku yang sorang baru ni.. semalam ketika mengambilnya dari taska, wajahnya suram aje..dia xlagi berlari2 seperti selalu, matanya seperti mencari sesuatu.. sah! dia mencari Qist, rindukan kakaknya. Kesian dan rasa bersalah pulak kerana memisahkan mereka berdua. Mereka jarang berpisah, walaupun asyik bergaduh, berebut mainan tetapi itu adalah lumrah adik beradik yang masih kecil, namun mereka sudah pandai berkongsi makan malah juga barang. Kalau bagi untuk Qayyum, mesti ada satu untuk Qistina. Kalau beli sesuatu untuk Qistina, mesti ada untuk Qayyum. Semalam semasa tidur suami memberitahu ku dia mengigau..kesian, kesian. lagipun bulan ini cukup dia usia 2tahun. Kalau tahun lepas, dia demam kerana beralih umur. Entahlah betul ke tidak, mungkin suatu kebetulan. Tahun ni xtahulah pulak. Semalam cikgu taska ada juga memberitahu yang tidurnya di siang hari kerap terganggu. Kejap, kejap dia bangun menangis, dan selepas di tepuk2 dia tidur kembali.. Alahai Qayyum... kalaulah boleh beritahu ummi dan ayah, apa masalah Qayyum?

No comments:

Post a Comment