Ini ialah Cikgu Erin. Dia bukanlah cikgu yang mengajar di sekolah tetapi QQQ memanggilnya cikgu kerana dia bekerja di taska Aspirasi, bukan sekejap, tetapi selama 3tahun. Cikgu Erin berhenti semasa Qasrina masih bayi, tak sempat jaga Qayyim. Terpaksa berhenti kerana dipanggil oleh ibubapanya untuk pulang bekerja di kampung kerana Cikgu Erin adalah anak tunggal. Kami
(bukan kami sahaja, parents lain pun sama di Aspirasi) amat menyenangi Cikgu Erin, bahkan qqq senang dan selesa sahaja berada dengannya kerana Cikgu Erin memang sukakan budak-budak dan budak-budak sukakannya. Semasa Cikgu Erin dengan taska Aspirasi, ummi dan ayah pernah membawa beliau berjalan-jalan, dengan tujuan untuk membantu kami menguruskan qqq. Antaranya ialah ke Port Dickson, Janda Baik dan Batu Feringghi. Jadi QQQQ, ingatlah nanti, kalau berjumpa dengan Cikgu Erin tak kira di mana dan bila, hormatilah dia ye, jangan sombong ye..kerana dia pernah menjaga dan mengasuh anda semasa anda kecil dahulu..
No comments:
Post a Comment