Lahirnya..
seorang lelaki lagi dalam keluarga kami. Pada 3July2011, tepat pukul 7:10pagi, bertempat di labour room, KPJ Selangor (or SMC), seberat 3.2kg, maka keluarlah seorang lagi bayi lelaki dalam hidup ummi dan ayah. Alhamdulillah.. kami namakannya Mohammad Qayyim bin Mohammad Rizal, bermakna Leader or Masjid (bagi arab Libya, sebab ummi tanya isteri kawan sepengajian ummi, mereka orang Libya). Supaya dia dan Qayyum boleh hidup sepakat. Beza umur pun tidak jauh dengan Qayyum, jadi bila mereka besar dan bersekolah, orang akan tahu, "hah itu Qayyim, adik Qayyum" or "Hah itu Qayyum, abang si Qayyim.." lagipun senangkan, tukar 'u' kepada 'i' sahaja..
Jadi kepada mereka yang perasan, nama asal blog ni 'Qs...(Qistina, Qayyum, and Qasrina..)' kenalah ditukar kepada kepada 'Qs...(Qistina, Qayyum, Qasrina and Qayyim..)', ekoran kelahiran permata ke4 ini..
No comments:
Post a Comment