Sekarang ni semua orang heboh pasal i-city. Sebelum popular seperti sekarang, kami telah pun masuk ke i-city dan ia adalah PERCUMA! Tapi sekarang tidak lagi. Mungkin kerana nak bayar bil elktrik nya yang mahal, dengan tenaga pekerja dan etc.. maka bayaran masuk dikenakan.. Aduh.. kali kedua kami pergi sekadar bawa Qs pusing-pusing, tetapi qist dah excited nak masuk, menangis-nangis.. Dengan terpaksa 'q' untuk bayar tiket dan masuk, parking full, aiyaa.. sesuatu yang amat ummi tidak suka tetapi terpaksa menurut kerana kehendak anak kesayangan ayah! Qasr tidur waktu ni, jadi ummi lepak dengan qasr saja dalam kereta. Bayar mahal-mahal tapi ayh dan qq je yang turun cuci mata tengok pokok2 bercahaya..Sekejap pulak tu.. Memang xberbaloi. Kalau beli nasi kandar ayam goreng separuh seperti di PJ (huhu..sedapnya..) lagi berbaloi dengan harga tiket tu..
No comments:
Post a Comment