Tuesday, October 26, 2010

Colour-colour

Antara kegemaran qist ialah 'colour-colour', bermain puzzle, menulis dan menonton PHDC. Hmm.. bercerita pasal 'colour-colour', dia tersangat suka dengan activiti ini..lihatlah gambar di bawah. Gambar ini sempat ummi ambil ketika kami pulang bercuti hari raya di kampung baru-baru ini.


 Bukan setakat di rumah, dalam kereta pun jadi... senang perjalanan kami semasa beraya hari tu....
Tengok tu, kusyuk bukan main..

 Haa... dah hampir siap dah dinasour qist!
 Pagi raya pun sibuk lagi nak 'colour-colour'... agak2 nye lah, ketika Qist sibuk colour-colour, Qay buat apa ye? Hobi Qayyum apa ye?

Jeng, jeng, jeng, inilah sebahagian hobi Qayyum. ummi panggil "merobek'. Habis segala benda dia suka 'merobek', explore setiap pelusuk benda yg dia minat, kalau Qist tengok, apalagi, 'hot' lah kawan kita tu, barang-barang kegemarannya di'explore' oleh adiknya yang dalam masa yang sama 'teman sepermainan nya'. Kebanyakan barang mainan di rumah, rosak ekoran 'eksplorasi' si Qayyum.. Ayah dan ummi: sabar jelah.. kanak-kanak kan suka mencuba sesuatu yang baru...


 Hah.. kantoi, tengah test 'colour' tu..

No comments:

Post a Comment